Pages

Thursday, November 11, 2010

BM lisan~!

Stephanie : Hai kawan-kawan!

Yang lain : Oh hai Stephanie!

Stephanie : Tahukah kalian, tadi saya ke tandas sekolah. Terdapat pelbagai contengan di dinding tandas. Rakan-rakan sekolah kita sememang-memangnya tidak menghargai harta benda awam.

En Wei : Ya, saya setuju. Beberapa hari lalu, saya teringin menggunakan telefon awam untuk menelefon ibu saya bagi memberitahunya bahawa saya tidak mempun yai latihan kokurikulum pada hari itu. Malangnya, seseorang telah mencabut ganggang telefonnya dan mencabut punat pada telefon. Justeru itu, saya terpaksa menunggu hingga pukul 3.30 untuk ibu saya kerana tidak dapat menghubunginya.

Stefanie :Kegiatan vandalism kerap menjadi bahan perbincangan yang hangat di dada-dada akhbar.Namun begitu, pada pendapat saya, kegiatan vandalism masih dipandang ringan oleh masyarakat. Vandalisme yang berlaku mendatangkan keburukan kepada masyarakat dan negara.

Amanda : Bukan itu sahaja, keburukan vandalisme menyusahkan orang ramai atau masyarakat.Masyarakat akan menghadapi pelbagai masalah dalam urusan seharian. Contohnya, orang ramai akan berasa kurang selesa sekiranya tandas awam dirosakkan.Tambahan pula, orang ramai yang berkeiinginan menghubungi pihak berkuasa apabila berlaku perkara buruk seperti kebakaran, kemalangan, jenayah dan sebagainya tidak dapatb berbuat demikian.

Stefanie :Selain itu, vandalisme yang dilakuka oleh anak juga akan menyusahkan diri sendiri dan ibubapa individu. Individu yang melakukan vandalisme akan ditangkap dan ibu bapa akan turut rasa malu. Apabila ditangkap, individu akan didkwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman. Justeru itu, ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan unutk menjamin amak mereka di mahkamah. Ibu bapa yang mempunyai anak di penjara pula akan berasa tertekan. Pihak media massa pasti akan menyiarkan gambar individu ini memalukan lagi kepada individu dan keluarga yang terbabit.

Amanda : Di samping itu, vandalisme juga akan menyusahkan pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk memperbaiki kemudahan awm yang rosak. Kos untuk memperbaiki kemudahan awam yang rosak adalah tinggi. Jika tiada kerosakkan pada kemudahan awam pihak kerajaan boleh menjimatkan wang kerajaan dan wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Stefanie : Tambahan pula, vandalisme juga akan memberikan imej buruk kepada negara. Jika pelancong asing mendapati kemudahan awam banyak yang rosak, maka mereka pasti akan memandang negatif terhadap sikap rakyat.

Amanda : Pelancong asing juga mungkin akan berceritatentang kejadian ini kepada heluarga dan sahabat handai mereka apabila pulang ke negara asal. Dengan ini sektor perlancongan negara pasti akan terjejas.

Rachel : Oh begitu rupa-rupanya. Apakah punca-punca vandalisme berlaku?

Mariam : Antara punca-punca vandalism berlaku ialah pengaruh rakan sebaya .Golongan remaja biasanya lebih terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalism merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

En Wei :Selain itu, ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di tepi jalan. Bak kata pepatah anak merupakan kainp utih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa. Kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Mariam : Tambahan lagi, pengaruh media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan pada dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme yang mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

En Wei :Selain itu, punca yang dikenal pasti ialah kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba. Mereka gemar mencuba pelbagai perkar yang baru tanpa memikrkan kesannya. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai diri hinga hanyut dalam keseronokan duniawi dan ghairah menunjukkan kehebatan diri kepada rakan sebaya.

Mariam : Masalah sosial sudah lama menular dalam kalangan pelajar. Tetapi sejak akhir-akhir ini gejala negatif ini hangat dibincangkan dan mendapat perhatian yang begitu seriusdaripada masyarakat termasuklah para pemimpin negara. Sebenarnya masalah sosial dalam kalangan pelajar sudah berada pada tahap yang agak kritikal.

En Wei : Tetapi jangan risau, terdapat pelbagai cara untuk mengelak masa ini. Kalian, tahukah anda tentang cara untuk mengelak gejala vandalisme????

Stephanie : Oh, setahu saya,ibu bapa memainkan peranan yang paling dengan menjadi sebuah contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Bak kata orang-orang tua, bagaimana acuannya begitulah kuihnya. Ibu bapa juga haruslah mendidik anak mereka sejak kecil lagi umpama melentur buluh biarlah daripada rebungnya agar tidak menvandalisme. Mereka juga patut menanam sikap sayangi harta benda awam.

Rachel : Seterusnya, para guru di sekolah haruslah mengajar murid-murid mereka tentang kesan-kesan vandalisme. Cikgu haruslah menerapkan nilai hargailah harta benda awam dalam mata pelajaran Sivik,Moral dan Agama Islam. Pihak sekolah juga mesti memberi sesi kaunseling kepada individu yang ditangkap merosakkan harta benda awam. Sekiranya tidak berkesan, kempen-kempen boleh diadakan. Dan ceramah boleh diberikan oleh pihak polis yang diundang khas ke sekolah.

Stephanie : Selain daripada itu, undang-undang patut di ketatkan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Hukuman yang setimpal juga patut diberikanagar remaja berasa takut dan tidak teringin untuk mengambil risiko ditangkap oleh pihak polis. Pihak polis juga patut mengadakan rondaan pada tempat yang hangat berlaku kegiatan vandalisme dengan lebih kerap untuk menangkap penjenayah ini.

Rachel :Masyarakat juga harus bersikap lebih prihatin dan memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya melihat seseorang itu menvandalisme harta benda awam. Sekiranya masyarakat berterus menolong pihak polis bagi aur dengan tebing kegiaatan vandalisme akan mudah ditangani.

Stephanie : Ibu bapa individu harus memberi anak mereka didikan agama secukup-cukupnya. Dan menyemai dalam jiwa ank-anak nilai sayangi harta benda awam. Ibu bapa juga mesti berusaha bersungguh-sungguh dengan membawa anak mereka ke tempat ibadat setiap minggu dan mengajar anak-anak mereka cara yang betul untuk berdoa. Lama-kelamaan remaja akan mendapat tahu bahawa kegiatan vandalisme adalah perbuatan yang salah.

Rachel : Bolehlah kami mencadangkan kepada guru disiplin kami nanti. Masalah ini pasti dapat diselesaikan jika kami semuah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini.Laksamana bulat air ke rana pembetung bulat kata kerana muafakat . Setuju?

Yang lain : Setuju!!!
SEKIAN, TERIMA KASIH!!!!

Why did i post my BM lisan??
Because tomorrow's my BM lisan....
And it's sooooo LONG~!
I have to hafal....
Oh and i post because it's easier for me to hafal... xP

No comments:

Post a Comment